DSH sangat geram hari ini...bangun pepagi ada lak kete hamba Allah mana tah park kat belakang kete DSH, dah tu, nak park ke pe ke, x kisah la, tp jgn la tarik handbrake tu...ni pandai sgt, siap tarik handbrake sekali kunci stereng..wahahahha..safety sangat pun x guna bang/kak oi...ada kete, otak xde pun x guna jugak....ok kemudian dgn slamber DSH, buka2 pintu dia, acah2 bukala kan, then alarm berbunyi...itu incik sikuriti pun datg kat DSH, dia tanya
"kenapa incik?"
aku pun jawablah
"ni kete bodoh sapa yg park belakang kete saya ni?" dgn garang nadaku berbunyi
"saya pun x tahu, rasanya pagi tadi pukul 5 dia park sini" kata sikuriti itu
"habis ko x suh dia parking kat visitor or mana ke, jgn sampai block kete aku ni" nada agak profesional la sket
"bukan saya bertugas masa itu incik, saya main agak saja jam berapa dia parking" sikuriti agak gelabah menjawabnya..
dalam 5 minit selepas DSH berbalas pantun dgn incik sikuriti itu, satu makhluk turun ke kete itu..dgn slamber beliau berkata
"eh maaf encik, sy emergency sangat pagi tadi, x sempat nak park betul2, tu yg park kat dekat dgn lif ni"
aku yg lgsg x pandang ke arah beliau terus menjawab,
"ada sivik la sket, kalau sy emergency plak camana?" sambil mengemas tempat duduk belakang yg bersepah, wahahha
" sy minta maaflah, suami sy emergency smalam, ingat pagi ni dia dapat kuar awal, tapi dia x bangun lak, tu yg kete lmbt alih, maafla ek?" kata makhluk itu
" o,k sy pun dah lewat, alih kete skang" sambil beralih tgk muka makhluk tu..wah tekujatnya DSH bila tgk makhluk tu.
" eh Shahrul kan?" kata dia kpd DSH
" eh, aida an? weh giler lama x jumpa ko weh, upanya ko yg xde sivik tu ek, wahahha" agak gembira nada aku disitu.
" ha tu lah pasal, xtaw plak ko dok sini ek," kata beliau
" aku dok putrajaya sbnrnya, ni umah mak aku" kata DSH
" erm mlm ni kita lepak2 k, ko pun dah lewat tadi an?" kata dia lagi
" ok, mlm ni jumpa, tggu kat parking aku la ek?" kata aku dgn nada yg meyakinkan..
"ok boss" kata si aida itu..
al kisahnya, si aida dgn DSH ni sbnrnya dulu penah bersama, penah kapel, tp putus sebab ngeee, adalah sbbnya..mana leh gtaw.. tup-tup skang jumpa balik..wah, teruja, tapi malngnya dia dah kawin..aku pun terimalah seadanya..wahahha.. "SANGAT GERAM" ok.. hehe
Wednesday, 13 April 2011
sangat "geram" today!!
Posted by Sang Aku at 19:09 0 comments
Bahagia Ke X?
hahahaha, aku nak gelak dulu..ramai kengkawan aku yg nanya bila dah kawin ni bahagia ke? best ke? bebas ke? seronok ke? memacam lagi soalan yg seharusnya aku tapis sebelum aku taip.hahahhaha..
jawapannya simple je beb, dah nama pun kawin, mmang la besh..nak2 kalau korang ni jenis yg pemalas, bukan pemalas ape, tapi pemalas gosok baju, kemas umah, basuh baju dan sebagainya..so bila dah akwin terurus la sikit.. chopp, choppp aku citer ni bukan sebab aku ni pemalas k, aku ni rajin orgnya, x pcaya tanya bini aku, kompem dia angguk sambil menarik anak matanya ke tepi.. wahahha, aku pun tataw kenapa..yg aku taw aku rajin..wahaha.
tu yg pertamanya, kedua pula, kalau dah kawin ni, rasa besh bila korang sakit..perghh...rasa diri dihargai sangat, sangat2 dihargai....kepala yg x sakit pun dipicit, kaki yg x lenguh pun diurut..ngeh ngeh negh...time makan plak, seolah-olah tangan korang kudung,..haha, bini suapkan nasi, lapkan mulut, (aku citer atas dasar pengalaman ni beb) hehhe, pendek citer, nikmat kawin ni mmg besh sesangat la..
ketiganya plak, bangun pagi je, sarapan dah siap, kalau wife yg rajin sikit tu, adalah dia sediakan bekal, wahaha citer bab bekal beb, aku dah berapa bulan dah sejak kawin ritu bawa bekal g keje..wahahha.. HAKIKATNYA, aku malu dow sebenarnya nak bawa bekal ni, tapi x sanggup nak lukakan hati sang isteri ni yg dah bangun kul 5 pagi semata-mata nak masak tuk laki dia, appreciate la sket an..wahahha . So, jgn berani kata aku ni macam dak ekcil bawa bekal g keje k? wahhaha... yg tersiratnya kan, duit poket korang, x begerak beb, rasa macam x bawa wallet p keje pun ada (tp kalau x bawa wallet, lesen sumer nak campak mana an)
NIKMAT KAN KALAU KAWIN NI?
TP AWAS!!!
byk perceraian berlaku sekarang ni, kenapakah? antara yg aku kenalpastilah
- xda keserasian - yg aku pelik tu, kawan dah bertahun, tapi xleh nak serasi bila dah kawin? pesal? kat situ gunanya ikatan pertunangan (ni bagi aku lah) bila dah tunang tu, kompom terkuar la perangai memasing, contohnya yg dulu xpenah korek hidung, bila dah tunang trus korek hidung..wahahha (andaian) yg kedua sambung nanti ek, nanti aku edit entry ni..hehhe, terasa malas nak naip la..hahha
- sifat dengki (ni kes membe aku) hai, leh plak dengki sesama pasangan ek? yer, contoh dengkinya yg diceritakan oleh sang sahabat ialah si isterinya berdengki dgn keluarga belah suami..atoii~~ janganlah ini macam kawan, leh plak dengki dgn keluarga mentua, kalau dah sang suami baik dgn keluarganya, sudah tentulah, ni sebab sang suami itu mmg wujud dari keluarga tu kot..isk isk isk..sang sahabat bercerita dgn aku, yg sang isterinya dengki melihat sang suaminya bagi wang kat keluarganya, choi ini pmpuan, kalau bini aku camni, lama dah aku cireikan..hahhaa
- mulut x leh nak kaver - ada gak sang suami ngan sang isteri ni selalu sangat bila gaduhnya men hambur je, hello aku pun camtu gak taw, tapi kekadang jerk, hehhe..ok, ada plak sesetengah pasangan, asala gaduh je, perkataan "cerai" mesti bermain di bibir2 mulut..huish, nak cerai betul ke pe? Allah x suka pada penceraian ini, agama pun x suruh bercerai berai ni, lainlah kalau dah x leh nak handle lagi, ikut suka korangla nak cerai ke pe an.. huhuhuh, mmg aku akuilah, mulut aku pun kekadang kalau gaduh, kuar memacam, tetapi x suka guna pekataan :Cirei" itu..huhuhu
Posted by Sang Aku at 01:28 0 comments
Pemilihan sebagai AJK Dokumentasi APPCED
ape kejadahnya APPCED ni? oh tetiba boss no dua aku tanya, "shahrul awak dah sihat ke?" aku pun slamber jawab, "x berapa lagi puan, kenapa?" beliau pun berkata, "kita akan jadi Tuan Rumah utk APPCED kali ini, so kalau boleh nak bagi priority kpd staf yg tetap n khususnya lelaki, bolehla stayback", "oh begitu rupanya" kata aku, (acah2 formal la cakap ngan boss an?) so aku pun dgn slamber kata, "buat masa ini sy on lah,"
apa yg kusut dekat kepala aku skang ni, watnya tetiba sakit time tu, naya aku beb..n kedua, watnya aku sorg lelaki kat situ, lagi naya beb (aku sorg je laki tetap kat unit ni) oh God Help Me!!
kita tunggu keputusan selanjutnya samada aku akan pergi atau x..
korang ni taw ke APPCED tu apa?
APPCED tu adalah Asia-Pacific Parliamentarians Conference on Environment and Development so ringkasannya adalah APPCED, hehehheh..nak t aw selanjutnya? p baca kat website dia
APPCED
Posted by Sang Aku at 00:04 0 comments
Tuesday, 12 April 2011
Dari Sekeping Hati
Dari Sekeping Hati diwujudkan hanya untuk diri sendiri meluahkan dan menceritakan pengalaman dan kenangan yg tercipta diantara aku, sang isteri, kengkawan, adik bradik, saudara mara, n alam sekeliling.. diwujudkan hanya kerana utk meluangkan masa yg senggang.. (so kalau x update tu, bz la maknanya ek?) rasa ini adalah blog aku yg kedua, yg dulu tu blog masa kekanak-kanakan (skang pun) hehehe, tp blog DSH ini adalah dari pemikiran yg terbaru n terbuka
siapakah penulis Dari Sekeping Hati?
- seorang lelaki yg diciptakan Allah mungkin sbg Khalifah dan yg nyata hanya sebagai hambaNya.
- tiada yg istimewa tentang penulis Dari Sekeping Hati (DSH)
- cuma insan yg mempunyai perasaan, (macam korang semua jugak kan?)
- masih muda (kot)
dan apa sajalah yg korang suka describe pasal manusia yg korang penah kenal..
bagi yg sudah kenal, teruskan perkenalan kita, baru yg nak kenal, salam perkenalan dihulurkan..
DSH®
yang ikhlas MSH
Posted by Sang Aku at 21:17 0 comments


